her last day..
by dalila on Nov.13, 2009, under Work
sungguh tidak ku sangka, hari selasa lepas adalah hari terakhir immediate boss ku bekerja. selama 20 tahun dia berkhidmat demi negara, akhirnya dia memutuskan untuk tidak terus bekerja. aku pun semakin tidak faham dengan company itu. sepatutnya orang M3 seperti bossku diberi peluang kedua. ini tidak, terus dihalau secara terhormat. alangkah malu nya. namun, aku tahu, disebalik kesedihan ada hikmahnya. jadi, apa hikmahnya?
sekarang ex bossku bahagia disamping keluarga. katanya, sudah lama dia mengabaikan anak anaknya. inilah masa terbaik untuk dia meluangkan masa bersama keluarga. alangkah indahnya. tidakkan kita semua wanita mengimpikan kebahagiaan serupa? sungguhpun aku tidak punya anak lagi, tapi bekerja dengan orang bukanlah pilihan utamaku. jika aku punya peluang, mungkin aku akan meneroka keseronokan bekerja sendiri. hanya mereka yang berani sahaja yang sanggup menempuh risiko. tapi bukan aku. banyak faktor yang membuatkan aku takut. takut utk mencuba sesuatu yang baru. takut utk membuat keputusan yang bisa menggoyahkan keadaan kewanganku. cewah!
hari ini adalah hari kedua aku bekerja tanpa immediate boss. sekarang aku report direct to Senior Manager. ada baiknya juga, harapnya kuranglah red tape. harapnya makin cepatlah segala approval. kalau tak, mesti lambat sebab banyak gila level yang perlu ditapis. ada hikmahnya kan? sekarang aku seolah di bawah cahaya. cahaya la sangat. tapi cahaya itu juga bisa membakarku jika aku tidak berhati hati. semoga aku tidak tergolong di dalam golongan CTO tahun hadapan! CTO tu apa? tak perlu lah tanya ye. hanya orang petronas yg tahu. kang aku kena DI plak tak pasal2. takmau!!!
semasa petang terakhir itu, kami buat majlis perpisahan impromptu. semua orang terkejut. tak sangka dan sedih. GM aku pun sedih, aku nampak matanya merah. apatah lagi makcik2 lain yang sememangnya sedih dengan resignation secara mengejut boss aku. GM aku invite seorang demi seorang utk memberi kata2 semangat dan perpisahan. tiba je part aku, i cudnt say a word! yg pastinya aku menangis hingga tidak mampu berkata apa. menangis di hadapan semua staff. ada la dalam 40 orang. menangis itu bukanlah agendaku dan bukanlah utk menarik perhatian sesiapa. tapi knowing me, aku seorang yang penyedih sebenarnya. dan aku bertambah sedih bila aku terpikirkan dosa2 ku terhadap boss ku. huhuuhuh ;(
kepada ex bossku, semoga berbahagia di samping keluarga. i know youve made the right choice! i would do the same if i were you
take a good care of yourself, family and your health too. i know ive been such a nuisance and we get into each others minds really2 deep.. but take that as a learning process.. getting to know each other better. i salute you for who you are. u are simply the nicest person ive known. i am terribly sorry for all the wrongdoings and kutuk-ing. i know ive done and talked so much abt you. i hope you have forgiven me..
so long, farewell now.
November 13th, 2009 on 11:10 am
nangis sebab takutkan dosa.. mulianya.. indahnya..