Our Blog

penat berpindah ke Level 62, PETRONAS Twin Towers!

by dalila on Oct.02, 2009, under Chit Chat

hari ini saya sungguh la pancit. dah la hari kedua demam, terpaksa juga kugagahkan kaki ke ofis semata-mata sebab kena pindah floor. department aku dah berkembang pesat, dari 30 orang last year, tahun ni dah jadi 50 orang gitu termasuklah para trainees.

hari ini hari terakhir kami di Level 23, Tower 2, PeTT (PETRONAS Twin Towers). kitorg occupy bustle area (kalau perasan kat klcc ada cam building bentuk separa bulat melekat kat the 2 towers), tu la bustle area. dalam 6 department kat PMU (Petroleum Mgmt Unit), department aku adalah antara yang tersikit orang selain Strategic Planning dgn HR sbb kitorg ni kiranya ala2 supporting department lain. (ceh rasa cam tak penting lak kitorg)

sejak hari isnin lepas, kitorg dah mula packing. tapi of course la semua orang malas lagi, sebabnya masih ada 4 hari untuk mengemas. as days go by, baru la semua orang bersemangat. bukannya apa, kalau kemas cepat, nanti kang susah orang nak jalan. sebab kitorg dapat sorang 2 kotak, ada yg terlebih2 kotak sbb barang banyak sgt, my senior manager sampai 7 kotak. ye lah, dia dah nak pencen next year, sah2 la barang dia banyak.

mcm biasa, every friday morning kitorg ada tazkirah. lepas tazkirah je, HR bagi briefing.. pastu kitorg buat kerja mcm biasa.. tapi ada yg tak buat kerja lansung and abiskan mengemas. aku teringat yg next tuesday aku ada meeting penting, so terpaksa la abiskan dulu presentation slide.. sbb takut isnin nanti kang tak sempat siap.

the girls!

the girls!

setelah penat berpacking

setelah penat berpacking

muka demam

muka demam

masa lunch, kitorg ramai2 pegi HOMEDEC kat kl Convex. masa tu demam aku tak teruk lagi. masa otw balik tu aku dah rasa makin teruk demam. ubat tinggal kat ofis lak. makan pun tak lalu. lepas je lunch, naik2 atas diorg ckp movers dah nak dtg amik barang so kena simpan semua pc termasuk la kabel2 skali. semua kena label, takut ilang and tersampai ke tangan orang lain.

lepas sejam mengemas, kitorg naik atas. leceh sungguh rasa bila terpaksa tukar2 lif. masa kat level 23, naik lif sekali terus sampai je. tp skang kena naik ke level 42, pastu tukar lif utk ke level 62. agak buang masa la rasa sbb by the time sampai bawah tu rasanya dah hilang 5 minit. takperlah, sementara nak biasa.

kitorg naik atas je, rasa excited pun ada. datang semangat baru utk bekerja sbb dpt tempat baru walaupun bekerja dgn orang yg sama. how i wish i have a new ****! (bahaya takleh sebut kat sini hehe).

smpi atas tu je, kitorg lepak2 dan bersuka ria je. ye lah, bukannya boleh pasang pc lagi. network pun tak setel lagi, kalau pasang mcm la boleh buat kerja. lagipun HR dah bagi green light utk kitorg balik awal hari ni.. best tu mmg la best sbb dpt tengok KL dgn lagi ‘tinggi’ dan ‘jauh’ pemandangan, yg tak bestnya seating arrangement kitorang dah tak se’close’ dulu. dulu sbb bustle tu kecik, so kitorg yg muda2 ni senang nak bincang dan borak2, rasa cam close sgt the relationship. sebab satu row tu, penuh dgn budak2 muda je and campur2 section. skang ni semua dah duduk according to section sendiri, and level baru ni pun sgt la luas. nak kena jerit sepelaung baru orang dengar. nak borak pun susah sebab kena jalan jauh2.

the iron ladies (iron la sgt)

the iron ladies (iron la sgt)

melepak di entrance

melepak di entrance

pukul 4 kitorg dah taktau nak buat apa, diorang ni ajak tengok movie. bukan selalu dpt peluang camni kan. rasanya sekali ni je kitorang pindah randah. lepas ni forever la kot department ni kat sini.

aku yg kesakitan kepala dek demam yang semakin teruk, mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. dengan kaki yg berat melangkah, aku turun ke LRT. punya lah lambat aku jalan sebab kepala rasa mcm nak pecah. yg bestnya, aku tertido sampai terlepas station, lrt tu dah patah balik sampai taman jaya dah. nasib baik aku tersedar kat situ. buatnya terlepas sampai ke lrt gombak?? tak ke naya tu.

lepas sampai kat lrt je abah amik mcm biasa, terus ajak abah pegi klinik. smlm aku dah pegi dah amik ubat kat twin towers medical centre (TTMC) tapi ubat yg dr bagi tu besar sgt. tak rasa tekak aku boleh telan ubat sepanjang 1.8cm! tekak kecik la katakan. dr ckp body temp aku tinggi, 100. confirm la tinggi sebab kepala rasa nak meletup.. balik rumah terus terbongkang tido.. tapi nasib baik raja balik and kejut suruh makan.. kalau tak hari ni msti aku miss tengok Nur Kasih! hahaha

view from Level 62

view from Level 62

Bookmark and Share
7 comments for this entry:
  1. qay

    nur kasih pnyer psl sggup bgun..dasat tuh…load je la beb…kn sng…hehe

  2. alena

    demam demam pon tetap ayu gitu…hehehe

    syok nye keje kat opis yg sofistikated..hehee

  3. dalila

    qay, mesti la sanggup. takleh lepas. nak load internet slow hehehe

    alena. bkn ayu babe, LAYU ada la hehe

  4. mieza

    bestnya dpt jadi warga petronas huhu dari dulu envy u guys tau..huhu..

    tak gayat ke dpt view camtu dell..

  5. dalila

    mieza, tak gayat sbb cubicle bukan kat tepi tingkap :P
    jgn la jeles mieza, biasa je keja situ. nothing great, kerja WHO pun rasanya lagi best :)

  6. Miumiu

    Dalila, gayat rasanya tak tapi kalau time2 ada lightning saber dan thunder, tak suka duduk tepi tingkap tu. Ataupun kalau time window cleaner tu tiba2 muncul on your window…

    Dulu ofis I kat Level 62 Tower 2 ni la… best sebab boleh tengok traffic dari Jalan Tun Razak sampai la ke area Zouk sana.

  7. dalila

    hi miumiu. oh really? now u kat mana? dulu situ ofis apa eh?

    btw tak gayat sbb jarang tengok luar. tp tekejut gak kekadang nampak cleaner tu eheh :)

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree