Bersyukur.
by dalila on Sep.04, 2009, under Chit Chat
masuk hari ni, exactly one week dah discharged from PCMC. time flies while ure having fun eh?! adoih. tetiba je tinggal lagi 10 hari je utk aku berjimba kat rumah. jimba ke? ive been busy updating MarryMe, editing pictures for Digitalsyndicate and TwendyTots. Oh my. I AM supposed to be doing nothing. tapi lain pulak jadinya. oh well. thats me. seekor lipas kudung yang tak reti duduk diam. padanla mak marah. tido tak jaga, makan tak jaga, patutnya aku berpantang macam orang baru bersalin. ini tidak. suka hati aku je nak buat apa. dalila oh dalila..
sesungguhnya aku sangat hepi disebalik kejadian yang menyedihkan tempohari. kejadian yg aku takkan lupa buat selamanya. ku harapkan cahaya, tapi hampa. cewah. takpalah, lepas ni kalau ada anak boleh la aku cerita “Patut awak ada abang/kakak, but he/she decided not to see the world”. Semestinya ia bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Tapi tak semua org alami apa yang aku alami. Aku sangat bertuah. Bertuah sebab dapat go through the experience. (Bertuah sebab dapat duduk PCMC. hahaha) Bertuah sebab ramai yang sentiasa berada disisi aku.. baik family mahupun kawan2. Thank you guys for all the doa. Walaupun baby dalam perutku tidak dapat diselamatkan disebabkan cyst aku yg besar gabak tu, aku lega kerana aku masih hidup.
Dan yang penting kedua-dua tiubku masih mampu menghasilkan anak. Insya Allah, suatu hari nanti rezeki itu pasti ada. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Mungkin tuhan masih mahu kami berdua. Mungkin tuhan tahu kami belum bersedia, walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku sudah 100% ready to have a baby. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.
Pastinya aku sangat sangat memerlukan cuti yang lama. Hanya seminggu lagi tempoh MC doktor bagi. Mungkin lebih dari cukup, tapi aku rasa mmg takkan cukup utk orang yang superbusy seperti aku. Bukannya apa, sehari dua ni hormon aku sangatlah tidak stabil. Kejap happy kejap sedih kejap moody kejap tension. Kak Ita cakap tu normal, hormon aku masih cuba nak adjust to normal. Mungkin iya, mungkin tidak.
Apa pun yang berlaku, aku harap mood swing ni tak lama.. but im glad its still under control..
Kepada sang suami, thank you for being there. thank you for being you. thank you for loving me. thank you for being the cream chease to my bagel

September 4th, 2009 on 8:13 am
get well soon dell!
September 4th, 2009 on 12:16 pm
thank you