Our Blog

confessions of an ex-shopaholic

by dalila on Apr.17, 2009, under Chit Chat

hari ini saya gembira kerana saya berjaya melawan nafsu shopping! hahaha. lame gila ok. mentang2 la hari ni hari jumaat.. banyak time nak gi merewang kat suria klcc tu.. pukul 11 pagi dah mula start pikir nak beli tu nak beli ni.

lepas pegi apply mesra kad, aku pegi makan dgn azrul & aizat kat Avenue K. hampeh gila la food kat situ.. meehun tomyam rasa mcm dawai masukkan dalam air masam. aduhh.. mmg tak selera la. pastu minum iced lemon tea. mmg pening la perut.kul 1.30 lepas habis makan, aku pun mulakan ekspedisi (eh btul ke ayat ni) merantau suria KLCC. manusia mmg la ramai, as usual. biasanya aku mmg takkan jalan sgt la.. sbb rimas. tp hari ni memula aku masuk iSetan tengok kasut Nine West.. taktau nape dari dulu aku suka pegi situ tapi tak beli pape. hahaha. penyakit apa ntah. pastu kuar iSetan, pegi Naf Naf kat opposite Body Shop kat Concourse tu. pun tak beli apa sbb takdak yg bekenan. lepas tu, aku pegi beli refill bedak kat MAC. (setelah berminggu2 tangguh beli sbb sayang duit). habih duit aku RM125. (swipe je la takde cash).

pastu, aku pegi MNG. terjumpa 2-3 ketul baju yg bekenan tapi harga mcm merepek je. RM99-RM199. kalau dulu time study, mmg aku tak heran la harga berapa pun sbb dpt duit scholar. main beli je. skang ni dah kerja sendiri baru tau hargai duit haha. aku kuar MNG dgn tangan kosong, dah taktau nak pegi mana dah. last2 aku pegi pos opis dgn maybank sbb kena pos sample wedding box & bank in cheque aku. ni pun aku dah tangguh 2 minggu sbb busy nak mamps kat opis. lepas pegi pej pos, aku pegi parkson. konon2 nak beli pape la. pegi tengok kasut.. lewre ada 50% tapi aku tak beli sbb skang ni aku dah tak pakai high heels, dah selesa pakai wedges Clarks.. sgt la comfy n tak sakit kaki.  pastu sempat la tengok baju2 kat parkson.. ada gak yg bekenan 1-2 dress WAREHOUSE tapi RM450. bye bye la.

lepas belek2 baju kat parkson, aku naik atas sbb rasa mcm nak makan eskrem McD. masa tu dah 2.15. maknanya lagi 15 minit je nak jalan. tp bila smpi je kat atas tu tgk ramai lak umat beratur.. terus aku pegi tgk kasut kat kedai NOSE. mcm biasa, aku tak penah bekenan kasut2 kat situ. kasut kat VINCCI pun aku tak bekenan dah. dah tua kot??

last2 aku turun bawah pastu naik opis je.. sonok gak la sbb mulanya plan nak beli mcm2. alih2 tak beli apa. rasanya dah berbulan2 aku camni. its an achievement and i deserve a standing ovation. i know that if i were the old me, i wouldve walk my talk – shop til i drop. hahaha. surely mr hubby’s happy coz he’s married to an ex-shopaholic.. kalau perangai dulu still ada mau bengkok la dia. :P

Bookmark and Share
:, , , , , , , , , ,
6 comments for this entry:
  1. kekta

    bravo dear!

  2. kokna

    chaiyok! chaiyok!

  3. ramirul

    siaaaaannndiapt

  4. mieza

    hehehe..sama la kita! bile ada sebab utk berjimat baru la kite berjimat..kalo tade sebab yg drastik..cam waterfall je duit kuar kan dell?

  5. dell

    hehe tochey2. kekta kena belanja eskrem.

  6. dell

    mieza.. betul tu. sbb tu la bila dah kawin ni mmg jimat cermat je. tapi kekadang ada gak la terbabas. tapi sgt jarang la kalau compare dgn zaman study dulu hehehehe

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree