KepadaNya kita kembali
by dalila on Apr.03, 2009, under Family & Friends
mlm ni rasanya terpanggil nak tulis something.. saja nak share experience melawat org yg terlantar di ICU..
selasa lepas, entah mimpi apa, aku tetiba rasa nak jog. mmg kena gelak lah dgn ofismet sbb tak pernah2 nak pegi jog tetiba je nak pegi.. lagipun dah plan dgn liyana, my ofismet. pukul 6 kitorg turun kat klcc park, liyana seperti yg dah dijangka, tinggalkan aku sorang2. sbbnya, aku tak larat nak jog walaupun dah stretching badan. low blood lah katakan. tak boleh nak paksa diri.
dlm pukul 630 camtu, kak una sms ckp abah bobo (abg ipar) dah nazak.. masa tu aku tgh layan poco poco dgn geng2 makcik carigali kat park. aku call hubby n kitorg decide nak pegi hospital terus. aku dengan busuk2 peluh & baju sukan terus cargas ke hospital putrajaya..
smpi je kat hospital, dah almost 8pm. visiting hour patutnya til 8 je tapi sbb kes2 kecemasan and kes yg dah takde harapan, pelawat dibenarkan masuk. sampai je kat ICU tu, aku tgk pakcik kamal (bapak bobo) terlantar atas katil, tak sedarkan diri. banyak machine keliling dia, macam2 bunyi ada. all those scary beeping sounds.. the last time i saw him, dia sedar lagi. that was almost a month back.. tp masa tu pun muka dia dah kuning disebabkan jaundice & dia cakap pun tak brp nak paham sgt.. masa tu aku syahdu tengok dia cium adam, the only cucu kesayangan dia.
aku sedih tengok keadaan dia… tak sangka, dlm masa 3 minggu, banyak nikmat yg tuhan tarik.. satu persatu. aku dipahamkan organ2 dalaman pun dah tak function.. darah pun dah start keluar dari mulut, tinggal tube je masuk dalam dada nak bantu pernafasan.. bila aku tengok dekat2, ada bekas air mata kat pipi dia.. mungkin dia sedih sbb dia tahu ramai sedara dtg melawat tapi dia tak boleh buat apa2.. syahdu sgt tengok.. mulanya aku sebak, tahan nangis. tapi air mata aku mencurah2 bila tengok bobo mengusap2 rambut ayah dia sambil membisik2 sesuatu sambil saudara mara di sekeliling katil tak henti2 baca surah yaasin.. tuhan saja yg tau perasaan aku masa tu.. mak dgn adik perempuan bobo masa tu dah terduduk kesedihan..
aku tak sanggup nak tengok semua tu.. tak terbayang mcm mana saat kematian aku nanti.. tak boleh nak imagine mcm mana kalau aku yg berada di tempat abg ipar aku.. mcm mana kalau mak bapak aku yg terlantar kat atas katil tu dan bukannya pakcik kamal.. lagi banyak aku pikir, lagi mencurah2 air mata aku..
bila toleh kat raja, dia pun nampak sedih sgt.. tp dia tahan. mungkin dia terbayang2 saat2 akhir arwah abah kat hospital dulu..
malam tadi, pukul 1150pm camtu, mak bagitau pakcik kamal dah meninggal.. aku sedih.. tp dlm masa yg sama aku relieved sbb akhirnya pakcik kamal pergi bertemu maha Esa pada malam jumaat setelah banyak hari bertarung dengan kesakitan yg teramat sgt.. semoga terhapus dosa-dosa kecilnya.. aku rasa arwah pun tentu tak terkilan sbb dapat jugak dukung cucu dgn kehadiran Adam…
bila pikir balik, kita sekarang hari2 sibuk kejar harta, kejar duit, kejar kesenangan, smpi mati pun kita terlupa. padahal anytime tuhan boleh tarik nyawa kita. bagi aku, org yg sakit tu beruntung in a way sebab diorg tau and boleh estimate bila diorg akan pergi.. tapi org2 yg sentiasa sihat ni.. ntah2 jap lagi tsunami ke, rumah terbakar, kena tembak dengan perompak, mati eksiden, kena gigit anjing gila, ntah macam2 lagi boleh jadi penyebab kematian…
aku harap bobo, mak & adik dia banyak2 bersabar dan tenang dgn dugaan yg sgt berat ni.. especially mak bobo sbb dah takde sapa dah kat rumah sbb diorg 2 beradik je..
semoga roh pakcik kamal ditempatkan di kalangan org yg beriman & semoga pakcik tenang di sana.. auntie, bobo, kokna, adik bobo & adam akan sentiasa doakan pakcik.. insya allah.