Our Blog

tangan yang indah..

by dalila on Feb.16, 2009, under Chit Chat

my life’s been CRAZZZZZILY hectic for the past few weeks. so many things happened, so little time, yet so much to do. and almost everyday aku balik rumah lambat. close to 10pm! pastu balik rumah, sambung edit gambar, handle request utk Marryme, pastu dlm masa yg sama busy planning for euro trip. mmg neverending story la keje2 yg aku kena setelkan ni.. tadi pun pegi course, lepas pukul 5, GM suruh balik ofis. tapi takpela.. nak buat mcm mana.. dah nama pun kerja dgn orang.. kena la ikut.. hehehe.. tp kalau berterusan camni, mmg lagi teruk le platelet count aku kot.

bila balik tadi.. terus clear email sbb dah kena close.. email storage aku dah 90mb tapi tak cukup gak. gile la.. mengalahkan manager nye email ni. manager aku pun tak sebanyak aku kot storage dia. hehe. so dalam dok clear2 email tu.. aku terbaca forwarded email yg menyentuh hati kecik aku.. so here it goes..

 Tangan Yang Indah
(Kepada sesiapa yang masih ada ibu… )

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya … dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…

” JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA”.

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya…. ……

 So kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka sementara mereka masih ada.. aku ckp kat diri aku jugak.. i cant imagine life without them :( .. utk orang2 yg telah kehilangan ibu/bapa.. jgn lupa doakan utk kebahagiaan mereka di sana.. jgn sedih, satu hari kita pasti kita bertemu mereka lagi.. insya allah..

Bookmark and Share
2 comments for this entry:
  1. kekta

    akak dh penah bc cita ni tp bc skali lg pun bleh tangkap leleh lg. Huhuhu.. Emo sggh! Moga Allah bg petunjuk dan kekuatan utk kita sayang & jaga mak abah..

  2. ramirul

    semalam (16hb Feb) genap 3 tahun pemergian abah saya.. Al-Fatihah…

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree